Print

Air Rx17- Ilham Murni Seteguk Air

Rx17 adalah ilham dari Dato' Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang menukar musibah penyakit kanser yang menimpa dirinya kepada satu misi untuk membantu orang lain melalui terapi Rx-Water®.

Dan kini, berteraskan Kesejahteraan, Kebahagiaan dan Keharmonian, Rx17 dilahirkan sebagai air minuman yang menjamin kesihatan yang optimum kepada Minda, Tubuh Badan dan Rohani.

 

Tubuh badan kita mempunyai Sistem-Penyembuhan-Semulajadi atau Self-Healing-System (SHS). Malangnya sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi sepenuhnya oleh kerana minda, tubuh badan dan rohani kita tidak seimbang.

Sekadar melakukan rawatan terhadap tubuh badan sahaja tidak mencukupi memandangkan semua tindakan tubuh badan kita bermula daripada niat rohaniah kita sendiri. Cara yang terbaik untuk meningkatkan SHS kita adalah dengan membersihkan Minda, Tubuh Badan & Rohani. Apabila ketiga-tiga ini berada dalam keadaan harmoni, maka kesejahteraan dan kebahagiaan akan menjadi kenyataan dan berkekalan.

Rx17 berfungsi dengan cara penghijrahan khasiat-khasiat semula jadi melalui informasi kepada Sistem-Penyembuhan-Semulajadi tubuh kita supaya ia lebih seimbang. Terapi penghijrahan informasi ini adalah yang terkini dan terulung kali digunakan dalam air secara saintifik dan diibaratkan sebagai doa.

Rx17 dilahirkan sebagai air minuman yang menjamin kesihatan yang optimum kepada minda, tubuh badan dan rohani.

Rx17 menggabungkan elemen-elemen:

I) FIZIKAL
Vitamin, enzim, mineral, Rx-Water dan tanah liat

II) INFORMASI
Herba semula jadi, terapi warna, kristal, esen bunga-bungaan, madu, terapi Rx-Water, enzim, hormon dan garam schuessler.

III) ROHANIAH
Semua Penyakit bermula daripada rohani yang datangnya daripada kehendak Tuhan dan juga tingkah laku kita. Ilham murni merangkumi hasrat-hasrat yang mampu diserapkan ke dalam sanubari kita, seperti:

  • Aku Sihat Walafiat
  • Aku Ceria Dan Bertenaga
  • Aku Pengasih Dan Penyayang
  • Aku Bersyukur
  • Aku Tenang
  • Aku Pemaaf
  • Aku Penyabar
  • Aku Berani
  • Aku Ikhlas
  • Aku Bertanggungjawab
  • Aku Berdisiplin
  • Aku Rajin Dan Bijaksana
  • dan lain-lain...

Rx17 mampu membantu mengubat dan menghindar lebih daripada 70 jenis penyakit, antaranya kanser, Strok, Hiperaktif, Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout, Sle Allergi, Kegemukan, Arthritis, Sakit Sendi, Ekzema, Lelah, Sakit Jantung, Migrain, Gastrik, Stress, Agarofobia, Senggugut, Sembelit, Hiper-tiroid, Batu Karang, Konjunktivitis, Buasir, Tinnitus, Angin Pasang, Resdung, Lemah Tenaga Batin dan lain-lain penyakit kronik atau akut.

Rx17- adalah selamat diminum oleh semua golongan umur termasuk ibu-ibu yang mengandung.

Untuk kesihatan optimum, anda disyorkan mengambil 5 botol Rx17- dalam sehari la lebih mujarab jika diambil bersama-sama Rx-Salt dan Rx-Tra.

 

 

 

TESTIMONI

Pak Gunawan, Jakarta, 54 tahun.
Setelah terjatuh semasa bersenam, bahu kanan saya mengalami kecederaan sehingga saya tidak boleh angkat tangan. Bermacam-macam terapi telah saya tuba tetapi ia masih tidak pulih, sehinggakan doktor mengesyorkan pembedahan. Mujurlah saya berjumpa Dato' Dr. Noordin dan beliau mengubati saya melalui Rx17. Alhamdulillah bahu saya sudah tidak sakit lagi dan tidak perlu dibedah.

Carrian See, 35 tahun
Saya selalu diserang penyakit migrain yang amat teruk sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengambil cuti sakit. Apabila saya mengamalkan terapi Rx17, migrain saya hilang begitu saja sehinggakan kadang-kadang saya sendiri terlupa yang saya pernah mengalami penyakit ini.

 

PERHATIAN

Bukanlah sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan Professional doktor perubatan dengan terapi. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang berada di bawah pengawasan doktor.

Kos Penghantaran:

2 Karton kebawah = RM30 Untuk Semenanjung Malaysia dan RM50 untuk Sabah dan Sarawak

3 Karton = RM60 untuk semenanjung Malaysia dan RM80 untuk Sabah dan Sarawak

*Bagi pembelian 3 Karton, anda secara automatik akan mendapat Keahlian Percuma dan layak menikmati harga pengedar untuk pembelian seterusnya.

RM93.00
Kuantiti :
Quantity:
Add to Cart
Joomla extensions by ZooTemplate.com