Malay Chinese (Traditional) English French German Indonesian Vietnamese
Print

Berhati-hati Bahan Seramik Dalam Alat Penapis Air Dari Tulang Haiwan!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China).

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-peralatan-dan-perhiasan-berasaskan-abu-tulang-haiwan-bone-china

Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang TIDAK HALAL mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

KAITAN TULANG HAIWAN (BONE CHAR) DAN PENAPIS AIR

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air.

Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Teknologi ini sama seperti teknologi membuat bahan porceline, bahan industri yang menggunakan Seramik, Ceramic Ball, Ceramic Disc dll yang banyak digunakan sebagai bahan di dalam alat penapis air di pasaran termasuklah yang mempunyai standard antarabangsa. Yang paling popular dan paling meluas penggunaanya ialah dari bahan 'Bone-China' yang bermutu tinggi, tahan lama serta 'cost effective'.'Bone-Cina' atau 'Fine Bone-China' begitu popular dan cukup meluas penggunaannya di dalam industri ini.

MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU

Bukan sahaja bahan Seramik, malah bahan lain di dalam alat penapis air seperti penapis Karbon tertentu juga ada yang menggunakan bahan yang dibuat dari tulang haiwan. Ia dipanggil 'Bone-Char' (proses pembakaran serbuk tulang haiwan yang kemudiannya dimampatkan). Ia diproses dari 'cattle bones' atau tulang haiwan2 ternakan dan begitu banyak supply di negara asal bahan ini serta bahan Seramik untuk Sistem penapis air ini diproses dan dibuat (China).

Oleh itu, bagi pengguna Islam haruslah berhati-hati. Bukan sahaja bahan Seramik & bone char digunakan secara meluas untuk alat penapis air, malah pinggan mangkuk, dan bermacam lagi.

Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem penapis air inovasi beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi serta bahan2 katrij yang Suci.

Bagaimana Nak Mengenal bahan Seramik dari Tulang?

Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran.

Hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea. Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

Penapis Air Rx Water - Unik, SUCI, Berkesan! Gunakan tanpa rasa was-was!

Jika anda merasakan yang kesihatan itu mahal, cubalah pula kesakitan! Hubungi Kami!

Peluang Perniagaan, Produk WorldWellness!

Usahawan WorldWellness NetworkKami mempelawa individu yang berminat menambah pendapatan tambahan samada secara 'Separuh Masa' atau 'Sepenuh Masa' dengan menjadi pengedar Rx-Water, serta produk-produk lain keluaran WorldWellness Network (WWN) di seluruh Malaysia. Kursus dan bimbingan intensif disediakan bagi mereka yang serius.

 

http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/templates/ja_community_plus/images/icons/icon-arrow.png Maklumat Lanjut | http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/templates/ja_community_plus/images/icons/icon-arrow.png Hubungi Kami

Visit Us at Facebook

Ikrar Pengasas

Saya ingin membantu menyembuh sekurang-kurangnya 1 JUTA pesakit dan melahirkan 1000 jutawan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir

- Dato’ Dr. Noordin Darus

Tentang Kami

Kami merupakan Mobile Stokis WorldWellness Network (WWN) bagi Negeri Sembilan yang beroperasi di Nilai menyediakan perkhidmatan pembelian dan penyelenggaraan produk bagi pelanggan serta ahli WWN di seluruh Malaysia baik secara offline mahupun online. Selain dari itu, kami turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan Sistem RxWater lama dan The All New RxWater iaitu sistem penapis air Rx-Water yang baru.

(Baca selanjutnya...)

Joomla extensions by ZooTemplate.com