Print

Jenis-jenis Air

“...dan dari air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup...”

Al-Anbiyaa : 30

H20 adalah air. Secara Saintifiknya air terdiri daripada 2 bahagian Hidrogen dan 1 Bahagian Oksigen. Air merupakan suatu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum. Sekiranya badan mengalami masalah kekurangan air untuk beberapa hari, ini boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini malah boleh menyebabkan maut.

 

Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :

  • 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
  • 90% air berada dalam peparu
  • 82% air terkandung di dalam darah

 

Berikut adalah sedikit fakta tengtang jenis-jenis air.

AIR MATI

Air Masak
Air Suling
Air “Reverse Osmosis” (RO)
Air Tanpa Ion (Deionized)
Air Terdedah kepada Matahari
Air Kitar Semula (NeWater)

AIR HIDUP

Air Perigi
Air Mata Air
Air Gunung
Air Hujan
Air Salji
Air Tenaga
(Energy Water)
Air π (Pi)
Air Hexagon
Air Alkaline
Air Oksigen (02)

AIR PENAWAR

Air Zam Zam (Makkah)
Air Hunza (Pakistan)
Air Tanah Tinggi Equador
Air Lembah Okinawa (Jepun)
Air dari Lourde’s (Perancis)
Rx-WATER (Malaysia)

Tahukah anda bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam. Manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Tetapi adakah air yang terbersih beerti air yang baik untuk sistem badan kita?

Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.

Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses Reverse Osmosis (R.O), Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

Apakah yang dikatakan dengan Air penawar?

Apakah ciri-ciri yang menjadikan air tersebut Air Berpenawar?

Joomla extensions by ZooTemplate.com