Malay Chinese (Traditional) English French German Indonesian Vietnamese
Print

Konsep Air Berpenawar RxWater

3 kategori air yang utama

Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.

Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

 

Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan MENYUCIKAN.

Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air  iaitu Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar  Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut.

 

Cuba lihat gambar2 berikut yang dimuatkan di dalam buku beliau, ‘The Miracle Of Water’:


Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk.

Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai agen penyucian/Taharah, berwudu’, perawatan/Terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu.

Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.

Pada masa ini di akui, memang sukar untuk mendapatkan bekalan air hidup berpenawar sepanjang masa. Jika kita hendak gunakan untuk Terapi, sekurang-kurangnya kita memerlukan 2.5L air itu setiap hari dan diminum berserta doa. Walaupun tidak ada data yang disimpan, tetapi sudah banyak kes Kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi.

Walaupun tidak mudah untuk mendapat bekalan air Zam Zam dalam jumlah yang banyak setiap hari untuk tujuan Terapi, akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan tanah liat yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan Kanser Darah pada tahun 2001 dulu.

Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa air bersih yang melalui tanah liat tersebut mempunyai unsur ‘Medan Tenaga’ yang seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semulajadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada di dalam pasaran.

Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah air ‘Hidup’ yang dibersihkan dengan ‘Memori’ baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita dengan pelbagai jenis penyakit.

Hasil rekaan Dr. Nordin walaupun nampaknya seperti alat ‘penapis’ air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan hasil dari bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut yang terkandung pada Kartrij keempat. Kesannya Rx-Water bukan hanya ‘penapis air’ biasa tetapi adalah ‘Aura Converter’ atau Sistem Terapi Penyembuh Aura.

Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4. Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Pada Dr. Noordin penapis air Rx-Water tidak memerlukan lebih dari 4 katrij sepertimana penapis air lain. Yang menariknya, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam & air-air hidup berpenawar yang didapati di beberapa tempat sahaja di dunia.

Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita mampu membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh dari penyakit kanser darah yang dihidapinya.

Pada tahun 2003, Rx-Water® mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd., dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.

 

 

Jika anda merasakan yang kesihatan itu mahal, cubalah pula kesakitan! Hubungi Kami!

Visit Us at Facebook

Ikrar Pengasas

Saya ingin membantu menyembuh sekurang-kurangnya 1 JUTA pesakit dan melahirkan 1000 jutawan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir

- Dato’ Dr. Noordin Darus

Tentang Kami

Kami merupakan Mobile Stokis WorldWellness Network (WWN) bagi Negeri Sembilan yang beroperasi di Nilai menyediakan perkhidmatan pembelian dan penyelenggaraan produk bagi pelanggan serta ahli WWN di seluruh Malaysia baik secara offline mahupun online. Selain dari itu, kami turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan Sistem RxWater lama dan The All New RxWater iaitu sistem penapis air Rx-Water yang baru.

(Baca selanjutnya...)

Joomla extensions by ZooTemplate.com