Print

Latar Belakang dan Riwayat Rx-Water

sejarah rx-waterPada tahun 2001, Dato' Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan menghidap penyakit kanser darah. Dalam usaha beliau mencari penyelesaian meringankan beban kesakitan menjalani rawatan kanser, beliau mendapati bahawa air minuman memainkan peranan yang amat penting dalam membantu menjamin kesejahteraan tubuh badan. Dengan kesedaran ini, beliau mencipta formula unik yang melahirkan penapis air berkonsepkan aura pertama di dunia - Rx-Water®.

riwayat rx-waterSejarah RX-Water bermula pada 1hb April 2001, apabila doktor pakar di Hospital University mengesahkan Dr. Noordin kena Kanser Darah. Dalam bahasa perubatannya ‘Lymphoma’. Ada sesetengah kanser kalau kena pada badan, boleh ‘kerat’ & buang. Tapi kalau kanser darah nak buang apa? Darah..? Doktor pakar beritahu dia, "Din, prepare for the worst”. Maknanya apa? Malah doktor kata yang survivalnya dalam 4 bulan sahaja lagi.

Rawatan Kanser itu yang paling popular satu aje, KIMO TERAPI. Sejenis rawatan yang memasukkan sejenis bahan kimia untuk bunuh sel kanser. Tapi bila dah masuk dalam badan, benda ni tak kenal yang mana baik & yang mana Kanser. Dia pukul sama rata aje. Sebab itu sesiapa yang kena Kimoterapi, habis rambut gugur, termasuk bulu-bulu badan sekali. Demam yang berpanjangan, muntah-muntah, hilang selera makan dan pening kepala yang teruk.

Jika orang yang jaga kesihatan & menjaga kesihatan para athlit negara yg paling ’Fit’ macam Dr. Noordin pun boleh kena kanser, bagaimana pula dengan orang biasa macam kita?

Nak jadikan cerita, selepas beliau kena Chemotherapy, beliau dilawati oleh seorang rakan yg memberi air Zam-Zam. Selepas beliau minum, beliau tak merasa kekejangan sendi sebagaimana tindak balas Chemo yg telah lalu. Pada masa itulah beliau mencari & membuat ’research’ tentang Terapi Air Berpenawar dan diberi Ilham oleh Allah S.W.T bagaimana menghasilkan air hidup berpenawar yg menggunakan bahan asli dan sejenis unsur tanah Liat yg mana beliau buat prototype sendiri di belakang rumahnya.

Dr. Noordin telah mendapati kesan sampingan Chemotherapy yg beliau lalui tidak seteruk dulu dan penyembuhan badannya begitu cepat sekali setelah beliau mengamalkan terapi dengan air tersebut. Setelah beliau sembuh, beliau rasa bertanggungjawab berkongsi dengan masyarakat tentang kisah beliau. Banyaklah media telah membuat liputan tentang kisah beliau dan hasil inovasi beliau tersebut.

Pada permulaannya, Rx-Water® dicipta untuk membantu beliau sendiri menghadapi rawatan kanser, tetapi lama kelamaan, dengan testimoni yang kian meyakinkan, orang ramai mula memperkatakan tentang ciptaan doktor perubatan kelahiran Pulau Pinang ini.

Pada tahun 2003, Rx-Water® mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd. (WWN), dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.

latar belakang rxwater

 

 

Joomla extensions by ZooTemplate.com