Malay Chinese (Traditional) English French German Indonesian Vietnamese
Print

Panduan Pemasangan Rx-Water

Di sini anda akan diajar langkah demi langkah untuk panduan pemasangan sistem penapis air The All New Rx-Water keluaran syarikat tersohor WorldWellness Network Sdn. Bhd. sebaik sahaja anda memilikinya. Sistem pemasangannya sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi dan juga peralatan yang canggih.

Walau bagaimanapun kepada mereka yang khuatir atau tidak yakin untuk melakukannya sendiri, tak perlu risau.

Kami turut memberikan perkhidmatan penghantaran ke pintu serta pemasangan sekiranya diperlukan.

 

 

Apa yang bakal anda perolehi dalam set lengkap The All New Rx-Water?

  • Unit “The All New RxWater”
  • Hos P.E. – 1.5meter (x2)
  • Tiub Silikon – 1.5meter
  • Injap “Diverter”
  • “AC/DC Adaptor”
  • Pengikat hos 3-Arah
  • Panduan Pengguna
  • Kad Waranti
  • Rx-Brush (PERCUMA hanya untuk pembelian melalui kami di Pusat Servis Rx-Water Negeri Sembilan (worldwellness2u.net))

 

 

 


 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 1

Pasangkan injap “diverter” ke paip

 

 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 2

a. Masukkan hos P.E ke “IN” untuk saluran air biasa (kiri).
b. Masukkan hos P.E ke “OUT” untuk RxWater (kanan)

 

 

 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 3

c. Masukkan tiub silikon untuk RxOzone.
d. Sambungkan penyambung DC.

 

 

 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 4

Pusing tuas 90 darjah untuk air RxWater
Pasang air dan biarkan air mengalir selama 5 – 15 minit sebelum digunakan pada kali pertama.

 

 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 5

Sambungkan penyambung “AC/DC Adptor”, pasangkan bekalan elektrik & nantikan bunyi “BEEP” menandakan unit RxWater sedia untuk digunakan.

 

 

 

 

Panduan Pemasangan Rx-Water - Langkah 6

Tekan butang “PRESS” untuk ozon, indikator warna hijau akan berkelip - pengeluaran ozon akan berhenti secara “automatic” dalam masa 3minit.

 

 

 

Masalah Air Perlahan

  • Pastikan tiada  gangguan bekalan / pemotongan air.
  • Pastikan tekanan air tinggi.
  • Pastikan “PE hose” dimasukkan pada lubang (IN/OUT) yang betul.
  • Kartrij yang luput & belum pernah ditukar.
  • Pastikan kartrij & bahagian lain asli.
  • Pastikan tiada pasir / sedimen yang melekat dalam injap “diverter”.
  • Pastikan seramik dalam keadaan baik & dicuci (cadangan seminggu sekali) (guna RxBrush).

 

 

Jika anda merasakan yang kesihatan itu mahal, cubalah pula kesakitan! Hubungi Kami!

Peluang Perniagaan, Produk WorldWellness!

Usahawan WorldWellness NetworkKami mempelawa individu yang berminat menambah pendapatan tambahan samada secara 'Separuh Masa' atau 'Sepenuh Masa' dengan menjadi pengedar Rx-Water, serta produk-produk lain keluaran WorldWellness Network (WWN) di seluruh Malaysia. Kursus dan bimbingan intensif disediakan bagi mereka yang serius.

 

http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/templates/ja_community_plus/images/icons/icon-arrow.png Maklumat Lanjut | http://pusatservisrxwater.worldwellness2u.net/templates/ja_community_plus/images/icons/icon-arrow.png Hubungi Kami

Visit Us at Facebook

Ikrar Pengasas

Saya ingin membantu menyembuh sekurang-kurangnya 1 JUTA pesakit dan melahirkan 1000 jutawan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir

- Dato’ Dr. Noordin Darus

Tentang Kami

Kami merupakan Mobile Stokis WorldWellness Network (WWN) bagi Negeri Sembilan yang beroperasi di Nilai menyediakan perkhidmatan pembelian dan penyelenggaraan produk bagi pelanggan serta ahli WWN di seluruh Malaysia baik secara offline mahupun online. Selain dari itu, kami turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan Sistem RxWater lama dan The All New RxWater iaitu sistem penapis air Rx-Water yang baru.

(Baca selanjutnya...)

Joomla extensions by ZooTemplate.com